25,000 teachers face dilemma
More than 25,000 senior teachers who are eligible for promotion under the time-based promotion scheme are in a dilemma.
They must now sign a declaration saying they are willing to be transferred to any part of the country, including Sabah and Sarawak, before they are promoted. These teachers, mostly women above 40, fear they will have to uproot themselves which will disrupt their family lives.
From an article in The Star, 10th October 2006.
Guess what, I'm one of those women but not yet above 40 lah...:)
But I face the same dilemma and so will every teacher once he or she is 'in the zone'. But if we don't sign that paper, we don't get promoted. And if we don't get promoted, we are stuck where we are. Is that good or bad??? Hmmm, I think this is indeed what they call a dilemma. Well, I know I'm not in school now but I want to return to school. Anyone wants to take my place?? Heh heh heh...
Newsflash for ICT teachers : Your option is listed under one of those with 'oversupply' and this means that you can be transferred wherever there is a vacancy for an ICT teacher. And of course, once it's time for you to be promoted, you will find yourself having to make a choice.

11 Comments:
At 7:22 PM,
The Nasas said…
Test.. test
At 7:25 PM,
nasaruddin said…
test..
At 5:17 AM,
nasa said…
You don't have to worry Puan, please read this..
Kaedah baru kenaikan pangkat pengetua
PUTRAJAYA 12 Okt. – Kementerian Pelajaran memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat untuk mengisi kekosongan jawatan Gred DG48 terutama jawatan Pengetua Sekolah Menengah mulai tahun depan.
Menurut Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr. Zulkurnain Awang, kaedah kenaikan pangkat secara hakiki itu akan diberi kepada calon yang berkemahiran, berpengalaman luas dan berkelayakan.
Kaedah baru itu mewajibkan semua guru yang layak dan berminat mengemukakan permohonan kepada kementerian berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
“Tiada paksaan dalam kenaikan pangkat mengikut kaedah pemilihan yang baru ini. Guru yang kurang berminat atau tidak sanggup ditukarkan di tempat lain tidak perlu membuat permohonan.
“Mereka yang tidak berminat atau yang tidak memohon boleh kekal di tempat mereka bertugas sekarang tetapi masih boleh menikmati kenaikan pangkat secara tempoh perkhidmatan ke Gred DG48 apabila memenuhi syarat,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berhubung kaedah kenaikan pangkat yang diiklankan oleh kementerian itu pada 25 Ogos lalu.
Laporan itu antara lain menyebut 25,000 guru di negara ini berhadapan dengan dilema berikutan keputusan Kementerian Pelajaran yang mahu mereka memohon kenaikan pangkat antara lain akan menyebabkan mereka ditukarkan ke sekolah lain.
Zulkurnain berkata, kenaikan pangkat yang diiklankan itu mensyaratkan calon memohon jika berminat dan mereka dikehendaki mengesahkan kesanggupan bertukar.
Calon terpilih akan di tempatkan di mana ada kekosongan jawatan dengan cara memangku terlebih dahulu sebelum diserapkan secara tetap ke jawatan baru.
“Rasional kaedah pemilihan baru ini ialah memartabatkan profesion perguruan, sekali gus merealisasikan hasrat menjadikan institusi pendidikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan serantau”, tegas beliau.
At 9:14 AM,
Rithuwan said…
Sesiapa guru yang berminat terus menabur bakti di sekolah sedia ada tetapi inginkan kecemerlangan kerjaya seperti kenaikan pangkat tanpa disedari dibebankan dengan opsyen yang boleh 'demoralised' guru tersebut. Adakah patut saya memohon, sedangkan ia bakal menggugat keharmonian rumahtangga, atau kekal seperti sekarang (tunggu saja sampai umur), dan berkemungkinan tiada apa yang anak akan banggakan dengan ibu atau ayahnya kerana gajinya begitu saja, jawatannya begitu saja, tiada nama jawatan yang mencerminkan peningkatan kerjaya. Zaman moden ini mendesak guru sebagai ibu bapa untuk turut bersaing dengan ibu bapa lain dalam aliran atau profesion lain.
Persoalan sekarang ialah ramai guru layak mendapat imbalan atas dasar kesetiaan kepada kerajaan, malangnya, jawatan yang wujud terlaku kecil bilangannya berbanding yang layak naik ke DG48. Maka, hukum 'supply-demand' terpakai di sini. Awak nak awak minta saya tawarkan, awak tak nak tak payahlah nak minta, jadi kita taklah tawarkan.
Saya lambat lagi, harap-harap dilema ini tidak
At 2:32 AM,
Roslyn said…
Nasa, Rithuwan, nasib baik ada opsyen 'time-based' tapi pada masa yang sama, kita juga perlu mempertimbangkan keperluan keluarga dan keperluan khidmat kepada masyarakat. Saya selalu buat keputusan dengan kebajikan keluarga sebagai top priority. Tapi pada masa yang sama, saya juga mahu memberi balik kepada masyarakat apa yang telah diberi kepada saya. Lagi tinggi kita berada dalam hirarki di sekolah, lagi banyak yang kita boleh buat untuk masyarakat.
Kita selalu rugi dalam agihan peruntukan kerana bilangan kita terlalu besar. Sedikit kenaikan kepada gaji sudah membawa impak kepada budget kerajaan. Kawan2 saya di kementerian yang lain hairan kenapa saya lambat berbanding dengan mereka. Mereka sudah di peringkat dg48 dan saya masih 'lugai-lugai' di dg41. Tapi tak menyesal jadi guru...
At 2:07 AM,
The Nasas said…
Pn & Rithuawan..
Saya sokong pandangan 'supply-demand' di sini.. tapi saya rasa kerajaan perlulah give and take kepada guru-guru disebabkan faktor kenaikan pangkat yg terhad (tak mcm PTD.. 5,6 tahun ada yg dah gred 48) perlulah bagi kelonggaran kepada guru utk memilih tempat utk berkhidmat atau kekal dgn tempat sekarang.. janganlah bila dah beli rumah ada kehidupan dan sebagainya..tup tup kita kena pindah sebab tak ngam option...apa-apa pun saya juga tak menyesal jadi guru..
P/S: The nasas, nasaruddin dan nasa adalah orang yg sama...
At 6:34 AM,
Rithuwan said…
Nasas dan roslyn.
Macam roslyn cakap(?), tulis di atas, kementerian lain tidak sebesar kementerian kita. Bayangkan bilangan penjawat yang memegang diploma dan ijazah melebihi berbanding kementerian lain. Kita diletakkan di bawah kategori pengurusan dan profesional (betulkah ayat ni?). Jadi buat masa sekarang skim yang ditawarkan kepada kita agak sama dengan penjawat di kementerian lain. Inilah masalahnya, kerajaan hendakkan profesionalisme pendidik ditingkatkan dengan melantik ramai pemegang ijazah, malangnya kerajaan tidak dapat menyediakan peluang yang lebih besar kepada setiap kelompok individu pendidik untuk menjawat dan memperoleh tangga gaji yang setanding dengan rakan di kementerian lain. Betul, ia ada kena mengena dengan perbelanjaan emolumen kerajaan, bayangkan hanya dengan kenaikan pangkat guru-guru, kerajaan terpaksa menanggung kos gaji yang semaking meningkat. Adakah saya bersimpati dengan kerajaan? Sebagai guru ekonomi, ya saya memahami siuasi ini, tetapi sebagai individu bapa, saya terpaksa memikirkan juga maruah dan kejayaan yang boleh dibanggakan oleh anak-anak dan isteri. SAYA MEMANG TAK MENYESAL JADI PENDIDIK. Saya dah tinggalkan kerjaya lama di swasta. Tapi saya kecewa setelah menyedari semakin kurang peluang di dalam perjawatan ini, kerana guru-guru sebaya umur dengan saya atau lebih mudah pun dah sedia ramai, bayangkanlah pula bila dah sampai time-base. Nak cepat, diberi prasyarat untuk berkorban yang ke sekian kalinya.
Saya pernah dengar kisah seorang guru besar yang dilantik tetapi terpaksa berpindah ke pedalaman. Beliau menerima jawatan itu. Malangnya anak-anak tak setuju tetapi terpaksa menurut. Apa yang diceritakan ialah anak-anaknya mula berkelakuan yang kurang elok. Abaikan pelajaran sebagai tanda protes. Bayangkan guru besar yang mempunyai anak cemerlang yang menjadi tubal. Saya tak nak jadi begitu. Dalam hal ini, saya seperti majoriti kita, utamakan keluarga terlebih dahulu. AKhirnya rumah tangga kucar-kacir, suami-isteri kerap bergaduh. (ini cerita semasa saya mula-mula jadi guru, so tak taulah kebenaran kisah ini)
Oh well, tak semua orang boleh jadi kaya dan berjawatan tinggi. Tak semua orang boleh dipuaskan. INi termasuklah saya agaknya.
At 9:44 PM,
fazudli said…
boleh saya buat kesimpulan....
macam tak ikhlas je kan diorang buat macam tu...
At 2:38 AM,
The Nasas said…
Pn, Rithuawan, Fazudli..
Kesimpulannya.. Saya rasa ahli organisasi pendidikan(pelajaran)ni dah masuk saiz 'gigantic'.. kapal kecil penumpang ramai.. seat tak cukup.. jadi mcm2 syarat dikenakan untuk dapatkan seat tu.. macam-macam polisi (kenaikan pangkat) diperkenalkan.. ada yg puas hati tidak kurang yang sebaliknya.. seterusnya ia menjadi satu polimik yang berterusan.. apa-apa pun menjadi guru merupakan satu opsyen kita..
At 12:57 AM,
Anonymous said…
kalaulah diberi pilihan kenaikan pangkat dg48 (dipindah ke tempat lain) atau keluarga. Saya akan pilih famili. Apalah sangat dengan dg48 tu, kalau nak dibagi kepada guru, bagi sajalah. tak usah jual mahal sangat. kalau dah 20 yrs service tapi gaji takat dg41, kita pun pandailah sumbang tenaga takat gitu-gitu saja, yang lain tu kita boleh buat tuition untuk duit tambahan, rite my dear partners?
At 11:24 PM,
sharifah ainon said…
alahai,
balik-balik kenaikan pangkat dan gaji. Untuk makluman, saya dan 10 orang rakan dg44 di sekolah telah berkhidmat melebihi 22 tahun; lulus ptk3 pada tahun 2006 dan menerima tangga gaji maksimum dg44 tahun 2007 tidak mendapat apa-apa kenaikan gaji selama 3 tahun. Tentang tarikh masuk dg48, alahai hanya tuhan saja yg tahu. So diam-diam saja la walaupun dianaktiri dan dianiaya selama 3 tahun.
Post a Comment
<< Home